PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT SETEMPAT

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT SETEMPAT

Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 16 OGOS 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu yang diadakan di Taman Tasik Permai, Sibu telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Program yang menampilkan aktiviti senamrobik kendalian MEFA Women Fit Sibu itu berjaya menghimpunkan lebih 80 peserta daripada pelbagai lapisan umur, sekali gus mewujudkan suasana penuh semangat dan kebersamaan. Inisiatif ini merupakan ilham daripada YB Menteri Belia dan Sukan yang bertujuan memperkukuh gaya hidup sihat serta mempererat hubungan komuniti melalui penglibatan dalam aktiviti kecergasan. Kehadiran peserta yang terdiri daripada golongan belia, wanita, dan warga emas jelas menunjukkan komitmen masyarakat terhadap usaha membudayakan amalan hidup aktif. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para peserta yang hadir dan memberi sokongan. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search