MESYUARAT PENGANJURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025M / 1447H

MESYUARAT PENGANJURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025M / 1447H

Disediakan oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 14 OGOS 2025 – Mesyuarat Penganjuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2025M / 1447H telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Sibu pada jam 2.00 petang hari ini. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan persediaan dan perancangan rapi bagi memastikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat bahagian berjalan lancar, tersusun dan meriah. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pengisian program, susun atur acara, penglibatan agensi kerajaan dan komuniti setempat, serta langkah memastikan penyertaan masyarakat secara menyeluruh. Penganjuran sambutan ini diharap dapat memperkukuh semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping memupuk nilai-nilai murni, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sibu.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search