
- JBS Sarawak
- Hits: 25
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025 BERSAMA PIHAK KEM BELIA KEMUYANG
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : Afif, JBSN Sarawak
SIBU, 14 OGOS 2025 – Pegawai Belia dan Sukan Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, hari ini telah mengadakan sesi perbincangan bersama Encik Faizal bin Ali, Pengetua Kem Belia Kemuyang, Sibu bagi membincangkan pelaksanaan Program Kem Belia Kemuyang 2025. Perbincangan yang berlangsung di Kem Belia Kemuyang ini memberi fokus kepada penyusunan aktiviti secara teliti dan rapi, merangkumi aspek perancangan logistik, modul pengisian, serta langkah memastikan keberkesanan program kepada peserta. Program ini dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2025 dan bakal menghimpunkan para belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang memupuk kesedaran mengenai matlamat hidup, tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Selain itu, program ini turut menekankan pembentukan belia yang berfikiran kritis, kreatif, berjiwa besar dan berbakti kepada komuniti. Nilai-nilai murni juga akan disemai selaras dengan matlamat pembangunan belia positif, agar mereka dapat menjadi pemimpin masa hadapan yang berkualiti dan berdaya saing.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama