PBSB SIBU MENGHADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BULAN OGOS 2025

PBSB SIBU MENGHADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BULAN OGOS 2025


Disediakan oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak

PUTRAJAYA, 14 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menghadiri secara atas talian Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Ogos 2025 yang berlangsung di Lobi Menara KBS, di sini hari ini. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan ketibaan warga KBS, diikuti ketibaan pengurusan tertinggi, sebelum menyambut kehadiran YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pada jam 8.30 pagi. Antara pengisian majlis termasuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan doa, serta tayangan montaj aktiviti bagi bulan Julai. YB Timbalan Menteri KBS turut menyampaikan ucapan amanat kepada seluruh warga kementerian, diikuti persembahan nyanyian lagu patriotik oleh kanak-kanak dari Taska KBS. Majlis turut diserikan dengan upacara penyerahan kit Jalur Gemilang oleh Kementerian Komunikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Sesi bergambar diadakan sebagai penutup acara sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search