PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025

PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025


Disediakan oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 13 OGOS 2025 – Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sibu 2025 bakal dilaksanakan di Kem Kemuyang, Sibu, Sarawak dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor bertujuan meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap bahaya gejala sosial serta aktiviti tidak sihat. Program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan matlamat hidup, tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara, selain melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif serta berjiwa besar untuk berbakti kepada komuniti. Nilai-nilai murni turut diterapkan selaras dengan matlamat pembangunan belia positif. Sasaran program ini adalah seramai 50 orang peserta terdiri daripada belia berisiko berumur antara 13 hingga 16 tahun. Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput penyertaan 10 orang pelajar dari setiap sekolah yang terlibat. Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan golongan belia khususnya di Bahagian Sibu dapat membina jati diri yang kukuh, menghindari gejala negatif, dan menjadi generasi pelapis yang mampu memacu kemajuan negara pada masa hadapan.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search