SESI PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

SESI PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 12 Ogos 2025 – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Encik Ahli Bin Chikba dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, bagi membincangkan penganjuran Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sibu 2025. Program ini dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Kem Belia Kemuyang, Sibu. Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan pelaksanaan program, penglibatan peserta, serta kerjasama antara pihak sekolah dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran perjalanan kem tersebut.Kem Belia Peringkat Bahagian Sibu 2025 bertujuan menyediakan ruang pembangunan diri, memperkukuh semangat kepimpinan, serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan belia. Program ini juga akan melibatkan pelbagai aktiviti berunsur pendidikan, motivasi, sukan, dan rekreasi yang dirangka khusus untuk membentuk belia yang berdaya saing serta berdisiplin.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search