PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU


Disediakan Oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 9 OGOS 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung dengan jayanya melibatkan aktiviti senamrobik yang diadakan di PERYATIM, Sibu. Program ini dikendalikan oleh MEFA Women Fit, Sibu.Program yang diilhamkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan ini berjaya menarik penyertaan komuniti daripada pelbagai lapisan umur, dengan tumpuan utama kepada penghuni PERYATIM Sibu. Seramai 67 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini.Bagi memeriahkan lagi suasana, turut diadakan cabutan bertuah kepada semua peserta. Penyampaian hadiah cabutan bertuah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Yusnar bin Haji Matalie, Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak merangkap Pengerusi Tuanku Haji Bujang. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang demi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search