
- JBS Sarawak
- Hits: 30
PERBINCANGAN PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh : Afif, JBSN Sarawak
SIBU, 11 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan perbincangan bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu bagi membincangkan pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2025. Perbincangan tersebut melibatkan Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, bersama Puan Shahibah binti Abu Bakar, Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu. Program ini dijadualkan berlangsung dari bulan Ogos hingga Oktober 2025 dan akan melibatkan warga emas di bawah seliaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan aktiviti senaman dan kecergasan dalam kalangan warga emas bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu optimis bahawa pelaksanaan program ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap kesihatan fizikal warga emas, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta membina komuniti yang lebih bersatu padu. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran PAWE Sibu atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani