PROGRAM 2KM BRISK WALK 1.0 SKUAD ANTIDADAH

PROGRAM 2KM BRISK WALK 1.0 SKUAD ANTIDADAH

Disediakan Oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 10 OGOS 2025 - SKUAD Antidadah Sibu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu telah menjemput Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu menyertai Program 2Km Brisk Walk 1.0 SKUAD Antidadah bertempat di Taman Tasik Permai, Sibu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal selain mengukuhkan keakraban komuniti, agensi kerajaan dan NGO dengan SKUAD Antidadah Sibu. Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah diwakili oleh Encik Melvin Chambai Anak Gurang dan juga Encik Muhammad Afif bin Ibrahim. Pihak pejabat mengucapkan terima kasih di atas jemputan menyertai program tersebut dan diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi.
#PBSBSIBu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search