
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Perbincangan Bersama People Systems Consultancy
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh: HS, JBSN Sarawak
Kuching, 19 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah mengadakan perbincangan bersama People Systems Consultancy (PSC) melalui aplikasi Zoom Meeting bagi membincangkan hala tuju Program Pembangunan Belia Reben Kuning di Sarawak.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Hazizul Bin Salbi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia JBSN Sarawak. Turut hadir mewakili pihak PSC ialah Encik Yusof Aziz (Consultant, Business Development), Encik Mohd Ariffin (Consultant, Strategic Partnership), Puan Yenny Yashira (Regional Head of Sarawak Office) dan Encik Henderson Galak Philip (Business Development Lead).
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan program pembangunan belia melalui inisiatif Reben Kuning yang bertujuan membantu golongan belia meningkatkan kemahiran insaniah, keusahawanan serta peluang kerjaya. Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform untuk membina kerjasama strategik antara JBSN Sarawak dan PSC bagi memastikan program dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi manfaat kepada belia tempatan.
Inisiatif ini diharapkan dapat menyokong agenda pembangunan modal insan belia Sarawak agar lebih berdaya saing, seterusnya melahirkan generasi yang berkeyakinan serta mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama