
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 18 OGOS 2025 - Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 13 hingga 16 tahun menyertai Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2025 pada 15 hingga 17 Ogos yang lalu di Kem Lupuk Ancestors Expedition, Bekenu.
Program ini bertujuan untuk memperkasa jati diri, mengelak gejala sosial, mencetuskan pemikiran kritis dan memupuk nilai murni belia. Pelbagai aktiviti merangkumi 11 topik utama seperti ceramah, LDK dan aktiviti outdoor telah dilaksanakan melibatkan agensi seperti PDRM, AADK, KKM, Kaunselor dan NGO. Kem ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Pembangunan Belia MADANI 2030, memperkukuh peranan belia sebagai aset negara.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Puan Rayu @ Rahayu binti Deli, Pegawai Pendidikan Daerah Subis, Encik Ethan Hope Eric mewakili Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan Encik Supri Kamit dari Kem Lupuk Ancestors Expedition. PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beberapa rakan strategik iaitu Kelab Belia Perkasa Taman Marina, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Subis, SMK Merbau, SMK Lutong, SMK Pujut, SMK Dato Permaisuri, SMK Luak, SMK Suai, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Cawangan Khas IPD Daerah Miri, AADK Daerah Miri, Encik Gavin Ghia Mattu dari Warmonger Training Academy dan Kem Lupuk Ancestors Expedition.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri