
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Program Urus Tadbir Dana Awam Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Putajaya,18 Ogos 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia telah menganjurkan Program Urus Tadbir Dana Awam Tahun 2025 bertempat di Dewan Podium, Menara KBS.
Program ini menghimpunkan pegawai serta urusetia dana awam dari seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) serta agensi di bawah KBS, dengan matlamat memperkukuh pengetahuan, integriti dan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerajaan.
Antara penceramah jemputan ialah En. Sazali bin Kamis, Ketua Unit Integriti KBS dan Pn. Aini bte Awg Mude, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua penceramah menekankan kepentingan amalan integriti, ketelusan serta pematuhan tatacara kewangan bagi memastikan setiap dana awam yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum dan memberi impak tinggi kepada pembangunan belia serta masyarakat.
Program ini turut dihadiri oleh wakil JBSN Sarawak, iaitu Encik Mohd Nadzrul Idzlan Bin Mohd Nor dan Encik Szuhady Bin Urey.
Kehadiran mereka melambangkan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuhkan tadbir urus kewangan di peringkat negeri.
Melalui pelaksanaan program ini, KBS berharap agar warga kerja lebih bersedia menggalas tanggungjawab dengan penuh akauntabiliti, sekali gus memastikan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan pengurusan dana awam terus terjamin.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama