
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Karnival 4 Penjuru JABES 2025 Meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 16 Ogos 2025 – Karnival 4 Penjuru JABES 2025 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak hari ini telah berlangsung meriah dengan penyertaan empat agensi utama kerajaan. Program anjuran Kelab Ping Pong JABES dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) ini berjaya menghimpunkan warga kerja pelbagai agensi dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kekeluargaan.
Tiga acara sukan telah dipertandingkan iaitu ping pong, bola jaring dan badminton. Penyertaan melibatkan empat agensi iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS), Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak (JAPENS) serta Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak (JANMS).
Karnival ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menguji keupayaan fizikal dan kemahiran dalam sukan, malah turut memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan. Suasana perlawanan berlangsung dalam semangat persaingan sihat, dengan para peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat berpasukan sepanjang kejohanan.
Dalam keputusan keseluruhan, pasukan JBSNS muncul sebagai Juara Keseluruhan setelah cemerlang dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Tempat Naib Juara Keseluruhan dimenangi oleh pasukan MYSED, manakala JAPENS dan JANMS berkongsi kedudukan sebagai Ketiga Keseluruhan.
Penganjuran Karnival 4 Penjuru JABES 2025 ini sekali lagi membuktikan bahawa sukan berperanan besar sebagai platform menyatukan warga kerja, meningkatkan kecergasan, serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penjawat awam di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama