
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Sesi Timbang ke-4 Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Ogos 2025 – Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak memasuki sesi timbang berat badan ke-4 ketika ini yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan sebelum peserta menjalani sesi timbang berat badan.
Sejak dilancarkan pada 30 April 2025, seramai 198 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan 78 peserta lelaki dan 118 peserta wanita. Program ini bertujuan membantu peserta mengamalkan gaya hidup sihat serta menurunkan berat badan melalui pemantauan berjadual.
Bagi kategori lelaki, tempat pertama terkini disandang oleh Izwan Bin Eden dengan jumlah penurunan sebanyak 18.5 kilogram, diikuti Joseph Jimbun Danny (17.1 kilogram) dan Mohd Arifin Bin Winei (14.1 kilogram).
Sementara itu, bagi kategori wanita, tempat pertama semasa kini ialah Iffah Nur Farhana dengan penurunan 13.4 kilogram, diikuti Nur Asyiqin Binti Mohd Dollah (12.2 kilogram) dan Azzah Binti Sudin (10 kilogram).
Program ini dijadualkan berakhir dengan sesi timbang terakhir pada 6 September 2025, di mana pemenang keseluruhan akan diumumkan.
Penganjuran ini bukan sahaja memberi motivasi kepada peserta untuk mencapai berat badan ideal, tetapi turut memupuk semangat kesukanan serta amalan hidup sihat dalam masyarakat Sarawak khususnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama