
- JBS Sarawak
- Hits: 45
TAKLIMAT DAN LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI WISMA PERSEKUTUAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 18 Ogos 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah mengadakan latihan kebakaran hari ini bertempat di Wisma Persekutuan Sarikei, yang mana melibatkan semua Agensi dan syarikat yang beroperasi di bangunan tersebut.
Latihan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan dan semua kakitangan yang bertugas dikehendaki berkumpul di kawasan tanah lapang atau 'Assembly Point' bersebelahan bangunan.
Objektif latihan ini adalah untuk memastikan semua kakitangan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui jika berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Terima kasih diucapkan kepada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei yang telah memberikan taklimat keselamatan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.