
- JBS Sarawak
- Hits: 33
JBSN Sarawak bersama dalam Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Bulan Ogos 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 14 Ogos 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dengan kerjasama IMPACT Integrated Malaysia telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS bagi bulan Ogos 2025 bertempat di Lobi Menara KBS.
Majlis turut dihadiri oleh YB Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang menyampaikan amanat kepada semua warga kementerian. Kehadiran beliau menyerikan suasana majlis dan memberikan motivasi kepada pegawai serta kakitangan KBS untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Selain kehadiran secara fizikal oleh warga KBS di Putrajaya, perhimpunan turut disiarkan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet, membolehkan penyertaan pegawai dan kakitangan dari seluruh negara. Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak turut mengambil bahagian secara maya bagi menyokong pengisian program serta mengikuti amanat yang disampaikan.
Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan ini merupakan platform penting untuk menyampaikan maklumat terkini kementerian, memperkukuh semangat kekitaan, serta mengiktiraf pencapaian warga kerja. Penganjuran secara konsisten setiap bulan mencerminkan komitmen KBS untuk memastikan komunikasi dua hala yang berkesan antara pengurusan tertinggi dan semua lapisan pegawai serta kakitangan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama