
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 12 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Miri 2025 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ariffin bin Mohamad, Timbalan Datuk Bandar Miri telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Perwakilan Pelajar, Curtin Malaysia University oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Belia Bestari Bandar Miri.
Seramai 50 orang ahli majlis, panel sosial, pakar rujuk dan pemerhati dari pelbagai agensi, NGO belia serta Majlis Perwakilan Pelajar IPT di sekitar Miri yang hadir untuk bersidang. Panel ekonomi iaitu Dr. Alpha anak Ngadan dari Curtin Malaysia University telah membentang kertas kerja “Belia Muflis: Kepentingan Pendidikan Literasi Kewangan” dan panel sosial iaitu Insp. Shoban A/L Rajendran dari IPD Miri telah membentang kertas kerja “Kenali Dan Elak: Membongkar Modus Operandi Scammer”.
MPBN 2025 Bahagian Miri kali ini membahaskan isu dan usul berkaitan ekonomi dan sosial belia di Bahagian Miri seperti penambahan fasiliti sukan di daerah, kesihatan mental belia, program pendidikan untuk belia berkahwin muda, pusat latihan e-dagang & inkubator usahawan, dana pembangunan bakat sukan, Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak untuk pelajar dari luar bandar dan perangi judi dalam talian serta sokongan pengharaman vape. Sesi tersebut diakhiri dengan penggulungan oleh Pengerusi dengan menegaskan bahawa cadangan adalah relevan untuk dibawa ke peringkat negeri tetapi memerlukan data kukuh, cadangan strategik dan kerjasama pelbagai agensi sekiranya ianya dilaksanakan kelak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri