
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Kunjungan Hormat JCI Malaysia Area Sarawak ke JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 12 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia Area Sarawak yang diketuai oleh Puan Susananne Lee, Naib Presiden JCI Malaysia. Kunjungan ini disambut oleh Hazwan Salleh Baihaki dari Cawangan Kecergasan Nasional, JBSN Sarawak.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mempromosikan Sambutan Ulang Tahun ke-50 JCI Malaysia yang akan berlangsung pada tahun ini. Sempena sambutan tersebut, JCI Malaysia Area Sarawak akan menganjurkan Golden 50 Run pada 16 September 2025 secara serentak di lima lokasi di Sarawak iaitu Kuching, Bintulu, Sibu, Sarikei dan Miri.
Program larian ini dijangka menarik penyertaan lebih 5,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bertujuan memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta memperkukuh kerjasama antara organisasi belia dan agensi kerajaan. Selain itu, program ini juga menjadi platform mempromosikan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan belia Sarawak.
JBSN Sarawak menyatakan sokongan terhadap penganjuran program ini dan menyeru semua pejabat belia dan sukan bahagian di seluruh negeri untuk memberikan kerjasama penuh dalam membantu menjayakannya.
Melalui kolaborasi seperti ini, diharapkan lebih banyak program berimpak positif dapat dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti sukan dan pembangunan komuniti, selaras dengan aspirasi membentuk generasi muda yang cergas, berdaya saing dan berwawasan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama