
- JBS Sarawak
- Hits: 81
Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu Peringkat Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 81
Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 12 OGOS 2025 – Fiesta Rakan Muda merupakan satu program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia. Pada 2 Ogos 2025 yang lepas, PBSB Kuching dengan kerjasama pihak CENTEXS Lundu telah berjaya melaksanakan program Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu. Aktiviti senamrobik (Malaysia Aktif @Komuniti) sebagai pembuka acara yang telah diadakan seawal 6.30 pagi dan kemudiannya diteruskan serentak dengan pertandingan Doodle Arts, pertandingan Inovasi Kitar Semula, pertandingan 1000 Liga Memanah serta aktiviti sampingan seperti pameran, pemeriksaan kesihatan, gerai-gerai jualan termasuk food trucks sebagai pengisian aktiviti pop up market (Rakan Niaga). Pada sebelah malam dimeriahkan dengan Clash of Buskers yang menyaksikan 8 pasukan bertanding.
Beberapa rakan strategik telah membantu pihak PBSB Kuching menjayakan Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu Peringkat Bahagian Kuching ini iaitu CENTEXS Lundu, Kelab Belia Matang Jaya, Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching, Persatuan Belia Kampung Pandan, Kelab Memanah Muhibbin dan Kelab Kecergasan 1Kenyalang Kuching.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat
#RakanEkspresi
#RakanMuzik
#RakanNiaga
#RakanAktif