
- JBS Sarawak
- Hits: 61
GADING ECO HIKE 2025 BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
LUNDU, 9 Ogos 2025 – Program Gading Eco Hike 2025 bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) telah berlangsung dengan meriah di Taman Negara Gunung Gading sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sarawak.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti riadah berasaskan alam semula jadi. Seramai lebih 64 peserta yang terdiri daripada Rakan Alam Sekitar, pegawai, kakitangan serta komuniti setempat telah mengambil bahagian.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) turut menyokong penganjuran ini dengan kehadiran Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, bersama pegawai dan kakitangan jabatan. Kehadiran mereka memberi sokongan moral kepada usaha memupuk gaya hidup sihat sambil menghargai khazanah alam semula jadi negeri.
Selain aktiviti mendaki, program turut diselitkan dengan sesi penerangan mengenai biodiversiti Taman Negara Gunung Gading, amalan “Leave No Trace” serta kempen kebersihan kawasan rekreasi. Peserta juga berpeluang menikmati keindahan flora dan fauna unik termasuk bunga Rafflesia yang menjadi tarikan utama taman ini.
Melalui penganjuran seperti ini, diharapkan masyarakat akan lebih prihatin terhadap kelestarian alam sekitar sambil mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamRM
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama