- JBS Sarawak
- Hits: 44
Pertandingan Sepak Takraw Regu Lelaki Tertutup Song/Kapit/Ngemah 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SONG, 11 Ogos 2025 - Pertandingan Sepak Takraw Regu Lelaki Tertutup Song/Kapit/Ngemah 2025 anjuran Kelab Sepak Takraw Genturung Katibas (STGK) telah berlangsung pada 9 hingga 10 Ogos 2025 di Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Pekan Song. Pertandingan ini merupakan salah satu program yang telah diluluskan melalui inisiatif Dana Sukan Komuniti (DSK). Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Pasukan MBR telah muncul juara kejohanan setelah mengungguli perlawanan akhir, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat. Naib juara dimenangi oleh pasukan GDR Team yang menerima RM700 berserta piala dan pingat, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan STGK dan Beguang Warrior yang masing-masing membawa pulang RM300, piala dan pingat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ambrose Abong Anak Bugek, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Kerja Raya merangkap Penaung STGK. Turut hadir, En. Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
#dskkbs