- JBS Sarawak
- Hits: 49
Taklimat dan Perbincangan Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 8 Ogos 2025 – Taklimat dan perbincangan akhir berkenaan persediaan Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah diadakan semalam bersama dengan Fasilitator dan Urusetia yang telah dilantik. Perbincangan tersebut juga dihadiri oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Perbincangan adalah memfokuskan kepada persediaan logistik dan modul pelaksanaan bagi setiap aktiviti sepanjang 3 hari program yang bermula daripada 8 hingga 10 Ogos bertempat di Lighthouse Kapit. Seramai 50 orang peserta daripada pelajar dari SMK Kapit, SMK Kapit No. 2 dan SMK Selirik akan mengikuti kem ini.
Objektif Kem Belia adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Adalah diharapkan agar program ini dapat melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit