- JBS Sarawak
- Hits: 43
Jalinan Kerjasama Dengan PDRM Kapit Dalam Menjayakan Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 8 Ogos 2025 – Perbincangan ringkas berkenaan program Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah diadakan bersama dengan Inspektor Muhamad Bazil bin Jaini, Sub. Inspektor Ibung Anak Sintan dan Koperal Muhamad Khamirul Rieyzuwan bin Assin.
Perbincangan tersebut adalah berkenaan dengan pengisian slot ceramah daripada pihak PDRM Kapit. Turut hadir pada perbincangan tersebut Puan Olivia Kaminis. Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit akan dilaksanakan pada 8 – 10 Ogos 2025 bertempat di Lighthouse Kapit yang melibatkan 50 orang peserta daripada 3 buah sekolah menengah di sekitar Pekan Kapit.
Puan Olivia Kaminis berbesar hati dan berterima kasih kepada PDRM Kapit yang sudi memberi komitmen dan kerjasama di dalam pelaksanaan program ini dan berharap hubungan baik serta kerjasama di antara PDRM dan PBSB Kapit akan diteruskan pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit