Perbincangan Pelaksanaan Program Aktif Ekspres Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Perbincangan Pelaksanaan Program Aktif Ekspres Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 7 Ogos 2025 - Satu sesi perbincangan bagi Program Aktif Ekspres Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2025 bertempat di Betong. 

Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. Dalam perbincangan ini,                                  Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie telah memberikan penerangan terperinci mengenai program yang akan dijalankan termasuk objektif utama, modul-modul yang akan digunakan serta perlbagai perkara berkaitan. 

Program Aktif Ekspres ini dijangka dapat menjadi satu medium untuk mendidik rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian bagi memperoleh berat badan yang ideal. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Encik Wan Azrie bin Wan Hussen, Penolong Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search