
- JBS Sarawak
- Hits: 44
MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN WUSHU TAOLU DAN WUSHU SANDA TERBUKA 2025 DAN KEJOHANAN SENI TARIAN NAGA DAN TARIAN SINGA PERINGKAT SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 OGOS 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka 2025 dan Kejohanan Seni Tarian Naga dan Tarian Singa Peringkat Sarawak 2025 telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Mukah, Aras Bawah, Menara Pehin Setia Raja Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nolin Gendang mewakili Pegawai Daerah Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli.
Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat oleh Pengerusi Persatuan Wushu Bahagian Mukah, Penyelarasan Majlis Perasmian Kejohanan dan Hal-hal lain. Encik Ho Ing Siong selaku pengerusi persatuan telah menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan pada 15-16 Ogos 2025. Mukah akan dijadikan sebagai venue berkumpul para atlet sukan wushu, seni tarian naga dan tarian singa. Program tiga hari itu akan dilaksanakan di Dewan Serbaguna Centex Mukah melibatkan 600 orang peserta dari seluruh Sarawak dan kejohanan tersebut akan dirasmikan oleh pemimpin tempatan.