
- JBS Sarawak
- Hits: 34
PDRM MUKAH SEDIA JALINKAN KERJASAMA DALAM PROGRAM KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 OGOS 2025 – Perjumpaan bersama Tuan Remy Peter Michael dan Encik Nasharudin Jannah berkenaan pelaksanaan Program Kem Belia Peringkat Bahagian Mukah 2025 telah diadakan pada 6 Ogos 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Mukah. Penerangan ringkas program telah disampaikan oleh Puan Noorlina Mirais sebagai Pegawai Penyelaras Program tersebut yang akan diadakan pada 15-17 Ogos 2025. Hadir sama semasa perjumpaan tersebut Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Encik Mohammad Arbi Rosli.
Selain itu, pihak PDRM Mukah berbesar hati bersedia untuk menjalinkan kerjasama dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak pejabat. Perkara tersebut telah dizahirkan sendiri oleh Tuan Remy semasa perjumpaan bersama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan pihak PDRM Mukah ke pejabat dan berharap hubungan baik serta kerjasama erat antara agensi akan berterusan dalam memacu tujuan sama demi kemaslahatan komuniti di Mukah.