
- JBS Sarawak
- Hits: 36
TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA BAHAGIAN MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 OGOS 2025 – Program Kem Belia Peringkat Bahagian Mukah 2025 akan dilaksanakan pada 15-17 Ogos 2025 di Kem Belia Mukah melibatkan 50 orang peserta dari beberapa sekolah menengah yang berdekatan. Program selama tiga hari ini bakal menghimpunkan pelajar sekolah yang berumur 13-16 tahun. Sesi perbincangan tersebut telah diketuai Puan Noorlina binti Mirais merangkap Pegawai Penyelaras Program bersama fasilitator dan urusetia yang akn terlibat sepanjang program tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan ialah persediaan barang keperluan bagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam modul yang disediakan. Selain itu, maklum balas agensi yang terlibat dalam program tersebut turut dimaklumkan oleh Puan Noorlina Mirais. Pejabat mengharapkan program yang bakal dilaksanakan ini akan memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat sekaligus menjadi platform dalam memantapkan sahsiah diri mereka.