- JBS Sarawak
- Hits: 27
Ceramah Sempena Program Minggu Paradigma Pengambilan 45 Sesi 2 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima jemputan sebagai penceramah sempena Program Minggu Paradigma, yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, IKBN Miri.
Mewakili pejabat, Cik Amy Noryanti dari Unit Pembangunan Rakan Muda telah menyampaikan ceramah bertajuk “Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda” kepada para pelajar pengambilan baharu sesi 2 tahun 2025.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, iaitu salah satu inisiatif di bawah platform Rakan Muda yang menekankan pembangunan sahsiah dan potensi diri belia.
Diharapkan perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta serta mendorong penglibatan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti pembangunan diri sepanjang tempoh pengajian.
Pihak pejabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak IKBN Miri atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri