- JBS Sarawak
- Hits: 54
Perbincangan Awal Program Karnival Sukan Luar Bandar @ Long San
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.77 Telang Usan bagi membincangkan pelaksanaan Program Karnival Sukan Luar Bandar @ Long San yang dirancang untuk diadakan pada bulan Oktober akan datang.
Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YB Dato Dennis Ngau, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan. Perbincangan tersebut bertujuan untuk menyelaras pelbagai aspek penting menjelang penganjuran karnival sukan tersebut, yang bakal menjadi platform penglibatan aktif komuniti luar bandar dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah kemudahan fasiliti pertandingan, persediaan lokasi acara, aspek teknikal pertandingan, serta penyertaan peserta dari kawasan sekitar.
Karnival ini juga dijangka menarik minat belia tempatan menerusi pengisian aktiviti seperti street soccer, sepak takraw dan bola tampar, selaras dengan objektif program untuk memupuk semangat kesukanan dan memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri