- JBS Sarawak
- Hits: 29
JCI Mengadakan Kunjung Hormat Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Junior Chamber International (JCI) Sarawak pada 4 Ogos 2025.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama sempena penganjuran Golden 50 Run, yang akan berlangsung di beberapa lokasi utama di Sarawak bersempena sambutan ulang tahun ke-50 JCI Malaysia.
Delegasi JCI diketuai oleh Pengerusi JCI Sarawak, Tan Chin Jie, bersama Ex-Officio Michelle Toh, Duta Jenama Peter Liu, serta wakil penaja utama daripada Lavince Gold Jewellery Sdn. Bhd. . Mereka telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Roley Anak Lagir.
PBSB Miri mengalu-alukan inisiatif ini sebagai usaha memperkasa belia serta memupuk semangat perpaduan dan gaya hidup sihat dalam komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri