PROGRAM RAKAN NIAGA POP UP MARKET TARIK MINAT BELIA SERTAI DUNIA KEUSAHAWANAN

PROGRAM RAKAN NIAGA POP UP MARKET TARIK MINAT BELIA SERTAI DUNIA KEUSAHAWANAN

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 26 Julai 2025 – Program Rakan Niaga Pop Up Market telah berlangsung dengan meriah di Hann’s Residence hari ini sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Sibu 2025. Program ini telah menarik penyertaan ramai belia berusia antara 13 hingga 30 tahun yang berminat untuk menerokai dunia keusahawanan. Pop Up Market ini memberi peluang kepada para belia peniaga untuk mempamerkan dan menjual pelbagai produk termasuk makanan, minuman, kraftangan, pakaian dan produk kreatif tempatan. Seramai 10 usahawan belia telah mengambil bahagian, menjadikan acara ini platform penting untuk membina rangkaian niaga serta memperkenalkan perniagaan mereka kepada komuniti setempat.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam bidang keusahawanan dan menjadikannya sebagai satu kerjaya yang mampu memberikan impak positif kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat. Melalui program ini, para peserta bukan sahaja berpeluang menjana pendapatan, malah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan perniagaan serta keyakinan diri.
#MalaysiaMadani
#JBSNkomited
#rakanmuda
#rakanniaga
#PBSBSIBU

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search