
- JBS Sarawak
- Hits: 25
UN FOR PEACE BAHAGIAN SIBU PROGRAM MEMPROMOSIKAN GALAKKAN HIDUP BERMASYARAKAT YANG HARMONI
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak
Sibu, 29 Julai 2025 - Pejabat telah menerima kehadiran wakil-wakil penganjur bagi Program Run for Peace yang bakal berlangsung di 3 Bahagian untuk Negeri Sarawak iaitu di Sibu, Miri dan Kuching yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2025 (Kuching) dan 14 September 2025 (Sibu dan Miri). Program ini mensasarkan penyertaan dalam kalangan komuniti seramai 1000 orang dan pendaftaran penyertaan masih dibuka sehingga 31 Julai 2025 ini. Perjumpaan wakil-wakil penganjur bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu ini lebih menjurus kepada pemakluman kepada pihak pejabat berkenaan penganjuran program ini selain turut mempromosikan penyertaan. Program ini adalah inisiatif Sustainable Development Goals SDGs yang memfokuskan teras ke 3 dan ke 16 yang melibatkan kesihatan dan keamanan bagi Institusi dalam pelbagai tahap.
#TeamPBSBSibu
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#IhsanMADANI
#TeamKBS