THREE AMIGOS JUARA CLASH OF BUSKERS PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

THREE AMIGOS JUARA CLASH OF BUSKERS PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 26 Julai 2025 – Program Clash of Buskers peringkat Bahagian Sibu 2025 telah berlangsung dengan meriah pada hari ini bertempat di Hann’s Residence, Sibu. Pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat busking ini berjaya menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir bagi menyaksikan persembahan bertenaga daripada para peserta. Sebanyak beberapa kumpulan telah berentap dalam pertandingan ini, namun kumpulan Three Amigos Buskers berjaya menambat hati para juri dan dinobatkan sebagai juara. Kemenangan ini melayakkan mereka membawa pulang trofi kejohanan serta wang tunai berjumlah RM600.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Pengayau Buskers, yang turut menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM400, manakala De Familia Buskers meraih tempat ketiga, membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM200. Sebagai aktiviti tambahan turut diadakan pertandingan karaoke suara emas rakan muda yang turut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan belia dan warga Sibu. Penganjuran program ini bertujuan mengangkat seni jalanan (busking) sebagai salah satu platform pembangunan bakat seni kreatif di peringkat komuniti tempatan serta memperkukuh silaturahim antara para penggiat seni muzik jalanan.

#MalaysiaMadani
#JBSNkomited
#rakanmuda
#rakanmuzik
#PBSBSIBU

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search