
- JBS Sarawak
- Hits: 26
KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 FASA 1 - KATEGORI KANAK-KANAK B40 (UMUR 6 HINGGA 12 TAHUN) DI SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
13 JULAI 2025, SIBU - 40 orang peserta berjaya menamatkan KLAS Renang 2025 Fasa 1 di Kolam Renang Delta, Sibu. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi dengan khidmat Jurulatih daripada Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA). Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN yang dijalankan secara PERCUMA sebanyak 6 sesi kepada peserta bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas. Inisiatif ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar kepada teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air.
Majlis penutupan KLAS Renang ini disempurnakan oleh Wakil Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, diiringi oleh jurulatih yang bertauliah iaitu Encik Ung Chung Sung, Encik Wong Liong Khieng, Encik Ngie Si He, Puan Wong Liong Yieh dan Encik Wong Yik Hock. Turut hadir Encik Terence Tan dan Encik Larry Anak George daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pentadbiran pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini sehingga selesai.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS
#KLASRenang