FIRSTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DIHADIRI BELIA TEMPATAN

FIRSTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DIHADIRI BELIA TEMPATAN

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

Sibu, 26 Julai 2025 – Program Firsta Rakan Muda peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di Hann’s Residence hari ini telah berjaya menarik kehadiran ramai golongan belia tempatan dengan pelbagai aktiviti menarik dan penuh manfaat. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan kawad kaki yang telah diadakan pada 23 Julai 2025. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, dan diiringi oleh Encik Jeremy Ling Beng Leh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu. Selain kawad kaki, pertandingan lain yang turut dipertandingkan sempena program ini termasuk Doodle Art dan Inovasi Kitar Semula. Para pemenang tempat pertama bagi ketiga-tiga pertandingan ini akan mewakili Bahagian Sibu ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Antara aktiviti sampingan yang turut memeriahkan suasana ialah Pop-Up Market, Clash of Buskers, serta pertandingan Karaoke Terbuka & Kanak-Kanak, dan juga Pertandingan PUBG Offline, yang kesemuanya mendapat sambutan hangat daripada para peserta dan pengunjung. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Belia Taman Muhibbah dan Kelab Belia Jalan Lanang atas kerjasama erat yang telah diberikan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini. Program seumpama ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat dan kreativiti belia, malah turut mengeratkan hubungan antara komuniti setempat serta memperkasakan penglibatan belia dalam pembangunan sosial dan budaya.

#MalaysiaMadani
#JBSNkomited
#rakanmuda
#PBSBSIBU
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-03-2026, 16:37:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search