
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Eagles Force Bintulu Naib Johan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 JULAI 2025 – “EAGLES FORCE BINTULU” telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2025 Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung pada 19 Julai 2025 di Arena Tun Tuanku Haji Bujang UNIMAS, Kota Samarahan.
Pasukan Eagles Force Bintulu tewas kepada penyandang Juara sebelum ini pada tahun 2023 iaitu Pasukan Trailblazers Sibu dengan jaringan gol 10 – 8 di peringkat Final. Penyampaian hadiah dan Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Eagles Force Bintulu di atas pencapaian yang sangat memberansangkan dan semangat juang yang tinggi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama