PETANQUE 1000 LIGA DI BALINGIAN DAPAT SAMBUTAN MERIAH

PETANQUE 1000 LIGA DI BALINGIAN DAPAT SAMBUTAN MERIAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 24 JULAI 2025 – Program 1000 Liga Bahagian Mukah 2025 bagi sukan petanque telah diadakan pada 19 Julai 2025 bertempat di Gelanggang Petanque Daerah Kecil Balingian. Program tersebut telah menghimpunkan lebih 90 orang peserta dari pelbagai daerah untuk bersama-sama memeriahkan program. Sambutan yang sangat menggalakkan ini membuktikan komuniti telah memanfaatkan sepenuhnya fasiliti yang disediakan oleh kerajaan bagi membudayakan gaya hidup sihat. 

Dua acara sukan telah dilaksanakan daripada lima sukan yang dipilih iaitu sukan memanah dan petanque. Sukan olahraga, catur dan dart masing-masing akan dilaksanakan pada bulan Ogos, September dan Oktober akan datang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Balingian Brotherhood Sports and Recreation Club dan Kelab Bouls Balingian telah berjaya menghimpunkan para peminat petanque berkumpul bagi memeriahkan Daerah Kecil Balingian selain dapat mengetengahkan daerah tersebut kepada komuniti luar. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama kelab serta peserta dalam menjayakan program.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search