
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Perasmian ASEAN Youth Volunteer 2025 Dirasmikan di Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Julai 2025 – Program ASEAN Youth Volunteer 2025 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, dalam satu majlis penuh bermakna bertempat di English Tea House, Kuching.
Turut hadir ialah YB Adam Adli Bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Madam Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan; Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Tuan Haji Hasnata Bin Hassan, Pendaftar Pertubuhan Belia; dan Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program ini berlangsung di Kuching dari 13 hingga 18 Julai 2025, melibatkan kehadiran delegasi belia dari negara-negara ASEAN. Ia merupakan platform untuk pertukaran budaya, pembangunan kepimpinan, dan kerjasama serantau melalui pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan projek impak sosial.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato Sri Haji Abdul Karim menegaskan bahawa program ini penting dalam membentuk generasi muda ASEAN yang progresif, berdaya tahan dan berjiwa pemimpin.
Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan diplomatik ASEAN, malah turut memperlihatkan komitmen Sarawak sebagai tuan rumah yang mesra belia serta menyokong pembangunan belia di peringkat serantau.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama