
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Lawatan ke Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Julai 2025 – YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut mengiringi beliau ialah Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan latihan atlet para dari Persatuan Olahraga Para Negeri Sarawak yang giat menjalani latihan intensif sebagai persiapan menghadapi kejohanan akan datang. Delegasi turut diberi taklimat ringkas berkenaan kemudahan, struktur latihan dan sokongan yang diberikan kepada atlet para di peringkat negeri.
Lawatan ini juga bersempena Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak, Siri Ketiga, yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat belia inklusif dan pengukuhan ekosistem sokongan sukan para. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik kementerian untuk memperkasa penyertaan golongan kurang upaya dalam sukan berprestasi tinggi.
Hadir sama dalam lawatan ialah Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pembangunan sukan para di negeri ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama