
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Bintulu Bil.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 14 JULAI 2025 – Isu dadah ini bukanlah satu isu yang ringan dan boleh dipandang enteng tetapi isu sosial yang sangat membimbangkan kepada kesejahteraan dalam pembangunan negara khususnya kepada belia negara hari ini.
Satu mesyuarat bagi membanteras dadah telah diadakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Bintulu Bil.1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Khamis lalu. Agenda mesyuarat tersebut didahului dengan ucapan pengerusi, pengesahan minit mesyuarat bil 2/2024, pembentangan laporan daripada agensi, taklimat pelaksanaan OSC MIDS daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh serta pekara berbangkit dan hal-hal lain.
Dalam mesyuarat tersebut pengerusi menekankan isu dan cabaran semua pihak dalam membanteras dadah yang kian merungsing hari ini terutama sekali di Bintulu. Semua agensi hendaklah berganding bahu dan bertanggungjawab dalam membantu membanteras masalah dadah dalam kalangan belia kkhususnya agar generasi muda kini tidak terlibat dalam kancah dadah. Justeru itu, pendedahan awal bagi kesedaran bahayanya dadah perlu dipupuk di peringkat sekolah dan akar umbi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama