Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching

Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching

Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  14 JULAI 2025 –PBSB Kuching telah mengadakan Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching pada 1 hingga 3 Julai 2025 yang lalu.  Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu Sarawak.  Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara di samping melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti.  

PBSB Kuching melaksanakan program ini bersama-sama dengan beberapa rakan strategik iaitu, Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching, Persatuan Belia Kampung Pandan Lundu, SMK Lundu, CENTEXS Lundu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, AADK Negeri Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, PDRM dan Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanPrihatin
#YakinBoleh

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search