
- JBS Sarawak
- Hits: 33
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SARATOK 2025 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG SIRI 2
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 11 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 2 bertempat di Wisma Persekutuan Saratok hari ini yang berlangsung dengan penuh kemeriahan serta menerima sambutan yang menggalakkan daripada agensi kerajaan serta penduduk setempat.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama strategik Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok, yang membantu menggerakkan aktiviti fizikal dan kecergasan sekaligus menyokong matlamat gaya hidup sihat dan aktif.
Program ini merupakan siri kedua daripada keseluruhan 12 siri dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan yang lebih banyak di siri seterusnya.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong