
- JBS Sarawak
- Hits: 80
MESYUARAT BERKALA JABATAN BAGI SUKU TAHUN KETIGA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 80
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 11 JULAI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat berkala jabatan bagi suku tahun ketiga 2025 secara bersemuka pada 7 hingga 8 Julai 2025 melibatkan ketua bahagian di ibu pejabat serta Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan hal ehwal pengurusan pentadbiran jabatan, laporan kewangan, aset alih kerajaan, tatakelola dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Laporan pelaksanaan program yang telah diadakan di setiap bahagian sepanjang tempoh April hingga Jun 2025 dibentangkan oleh ketua pejabat. Manakala, ketua bahagian di ibu pejabat turut membentangkan perancangan pelaksanaan program bagi bulan Julai sehingga Disember 2025.
Mesyuarat berkala ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong