
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Sesi Lawatan Tapak Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Unity Walk Hari Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 JULAI 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir dan Encik Roger Danny serta 20 agensi kerajaan yang terlibat telah menghadiri sesi lawatan tapak dan mesyuarat jawatankuasa pelaksana Unity Walk Hari Sarawak 2025 di Stadium Miri dan Dewan Suarah Miri, semalam. Sesi lawatan tapak dan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Dato Sebastian Ting Chiew Yew, yang turut memikul tanggungjawab sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Program Unity Walk tahun ini.
Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) melalui Pejabat MYSED Bahagian Miri itu dijadual berlangsung pada 22 Julai 2025, dengan Stadium Bandaraya Miri sebagai lokasi pelepasan. Penganjuran Unity Walk Hari Sarawak 2025 dijangka disertai ribuan peserta, memerlukan penyelarasan rapi dan kawalan keselamatan menyeluruh bagi memastikan kelancaran program.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri