- JBS Sarawak
- Hits: 48
Pameran Rakan Muda Tarik Perhatian Pelajar Di SMK St. Columba
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 Julai 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya yang diadakan di Dewan SMK St. Columba pada 10 Julai 2025, susulan jemputan daripada pihak sekolah.
Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid agar lebih gigih dalam pelajaran serta membantu mereka merancang hala tuju selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
PBSB Miri tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan pelbagai program di bawah inisiatif Pembangunan Rakan Muda yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Pameran Rakan Muda menjadi satu platform yang signifikan dalam usaha menggalakkan penyertaan belia dalam pelbagai aktiviti pembangunan diri.
Pihak pejabat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK St. Columba atas jemputan serta peluang yang diberikan untuk menjayakan pameran ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri