Mesyuarat Penyelarasan Program Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu

Mesyuarat Penyelarasan Program Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu

Mesyuarat Penyelarasan Program Fiesta Rakan Muda @CENTEXS Lundu
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  10 JULAI 2025 –  PBSB Kuching akan mengadakan Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Kuching pada 2 Ogos 2025 nanti bertempat di CENTEXS Lundu.  Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan hari ini, jam 9.30 pagi menggunakan platform Google Meet yang melibatkan rakan strategik iaitu Kelab Belia Taman Matang Jaya, Persatuan Belia Kampung Pandan dan CENTEXS Lundu.  Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan seperti senamrobik, pertandingan Doodle Arts, pertandingan Inovasi Kitar Semula, Clash of Buskers, pertandingan memanah dan jualan Pop Ups Market.

Fiesta Rakan Muda ini sebagai satu aktiviti untuk mempromosikan Rakan Muda kepada belia di seluruh Negeri seiring meningkatkan penyertaan mereka dalam program Rakan Muda ke arah mencapai sasaran 11 juta penyertaan, memberi ruang kepada masyarakat khususnya belia untuk menyerlahkan potensi diri dalam bidang kreatif, karya seni, perniagaan atau mana-mana yang berkaitan dengan 10 gaya hidup Rakan Muda serta menyediakan platform kepada belia untuk mengekpresikan bakat dan kemahiran mereka dalam apa jua bidang yang mereka minati;

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanPrihatin
#FiestaRakanMuda

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search