
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Perhimpunan Bulanan JBSN Sarawak Bil 2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 09 JULAI 2025 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Negeri Sarawak Bilangan 2/2025 telah berlangsung secara bersemuka di peringkat Jabatan manakala di Bahagian pula menggunakan patform google meet yang telah diadakan pada isnin lalu.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan JBSN salah satunya menekankan etika kerja sebagai penjawat awam, perancangan perbelanjaan dengan bijak serta mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pekerja cemerlang pada tahun lalu dan pekerja terbaik bulanan kepada bakal menerima kelak.
Pengisian perhimpunan tersebut turut mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan kepada kakitangan, pertukaran dan kenaikan pangkat serta sambutan hari kelahiran kakitangan pada bulan April, Jun dan Julai.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama