SESI TAKLIMAT KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 2025 BERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA PEGAWAI BELIA

SESI TAKLIMAT KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 2025 BERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA PEGAWAI BELIA

Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)

SAMARAHAN, 30 Jun 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Cawangan Pembangunan Sosial telah menganjurkan satu sesi taklimat secara dalam talian bagi program Kem Belia @ Rakan Prihatin Tahun 2025 pada 24 Jun lalu.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Khairunnisa binti Khayu, Penolong Pengarah Kanan JBSN, dan disertai oleh para pegawai belia dari seluruh Bahagian melalui platform Google Meet.

Sesi taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan awal mengenai objektif, pelaksanaan, serta garis panduan program yang bakal dilaksanakan di seluruh negara. Kem Belia @ Rakan Prihatin merupakan inisiatif yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri, kesedaran sosial, dan keterlibatan belia dalam aktiviti berbentuk kesukarelawanan serta komuniti prihatin.

Program ini merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Pengisian program ini melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, kesedaran berkaitan kesihatan mental, motivasi dan aktiviti kecergasan.

Dengan pelaksanaan program ini, JBSN yakin ia akan menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kepimpinan, semangat kesukarelawanan, dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan belia Malaysia.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search