BERJALAN 1000 LANGKAH (MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI) SEMARAKKAN GAYA HIDUP SIHAT DI KOTA SAMARAHAN

BERJALAN 1000 LANGKAH (MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI) SEMARAKKAN GAYA HIDUP SIHAT DI KOTA SAMARAHAN

Disediakan oleh : NL (JBSN Sarawak)

SAMARAHAN, 28 Jun 2025 – Aktiviti Berjalan 1000 Langkah merupakan salah satu aktiviti yang terus mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat apabila siri mingguannya diteruskan di perkarangan The Summer Shopping Mall di sini pagi tadi.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan selaku rakan strategik utama. Ia merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Malaysia Aktif@Komuniti 2025 Siri ke-3, yang bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan secara konsisten dan berkala.

Program ini dilaksanakan setiap hari Sabtu sebagai platform bagi masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam suasana santai dan harmoni.

“Melalui aktiviti berjalan kaki ini, masyarakat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan, malah ia juga menjadi ruang interaksi sosial yang positif dalam komuniti,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi pagi ini.

Selain sesi berjalan 1000 langkah, program turut dimeriahkan dengan aktiviti regangan ringan, motivasi kesihatan serta perkongsian ringkas daripada Jurulatih kecergasan Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan.

Malaysia Aktif@Komuniti 2025 terus menjadi platform penting dalam memperkasa rakyat untuk memilih gaya hidup sihat, selari dengan aspirasi kerajaan dalam membudayakan kesihatan di peringkat akar umbi.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search