
- JBS Sarawak
- Hits: 50
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG : ACARA SEPAK TAKRAW REGU LELAKI MERIAH DI DEWAN SJK (C ) CHONG HUA BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 30 Jun 2025- Pertandingan Sepak Takraw sempena Liga Sukan Komuniti Tahun 2025 Peringkat Bahagian Betong telah berlangsung dengan meriah pada 14 Jun 2025 bertempat di Dewan SJK (c) Chung Hua Betong . Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Layar Hills Sepak Takraw Club. Pelbagai aksi sengit telah dipamerkan sepanjang pertandingan, memperlihatkan bakat serta semangat juang tinggi dalam kalangan pemain muda dan berpotensi dari komuniti setempat.
Pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan GHT Ranger B (Johan), Pasukan GHT Ranger A (Naib Johan) serta Pasukan Plasok hunter dan PSA Team (Ketiga Bersama). Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj.Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Tahniah ditujukan kepada semua peserta dan pemenang atas penyertaan serta kerjasama yang baik sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Layar Hills Sepak Takraw Club selaku rakan strategik program atas Kerjasama erat dan sokongan padu yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbbetong